Saturday, July 10, 2010

Kuliah Pertama Outdoor Recreation

Pada tanggal 9 Julai 2010, bermulanya subjek 'SPS 113 Outdoor Recreation' yang pertama dan aku menghadiri kuliah ini dengan penuh minat dan semangat. Subjek ini dikendalikan oleh Encik Hisham Chemat. En. Hisham memberi penerangan apa yang akan di pelajari dalam subjek ini dan aku amat teruja dengan apa yang akan dipelajari. Wah! memang aku berminat dengan apa yang akan dipelajari kerana aku sukakan aktiviti yang lasak dan mencabar....
Aku dan rakan sekuliahku akan mempelajari dan mempraktikkan aktiviti seperti Kayaking, Abseiling, Orienteering dan camping. Walaupun aku mempunyai pengalaman dalam semua aktiviti ini tetapi aku tetap bekobar-kobar untuk mempelajari subjek ini dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat.
Setelah melihat jam di tanganku, jam telah menunjukkan jam 5.00 petang dan menandakan kuliah akan tamat. Sebelum En.Hisham mengakhiri kuliah, aku dan rakan sekuliahku dikehendaki membuat 'Blog' untuk subjek ini. Hu!hu!hu!... ni memang mencabar... Tanpaku sedari begitu cepat sekali masa berlalu dan kuliah akan bersambung pada minggu akan datang....
Pesanan dari En.hisham minggu akan datang semua pelajar dikehendaki membawa tali untuk mempelajari ikatan....

No comments: