Tuesday, August 31, 2010

Mendirikan Khemah & Water Confidence

Pada minggu ke-3, 31 Julai 2010,jam 9.00 pagi aku hadir kuliah di Kampus Uitm Shah Alam untuk subjek 'Outdoor Recreation'. Hari ini En.Hisham menekankan pembelajaran cara-cara untuk mendirikan khemah dan memasang dome serta Water Confidence di dalam kolam renang.

Pertama sekali En.Hisham memperkenalkan kepada kami kawasan yang sesuai untuk mendirikan khemah pusat dan peralatan yang diperlukan untuk aktiviti ini. Kawasan yang rata dan selamat daripada runtuhan,ranting serta bersesuaian harus diambil kira untuk mendirikan khemah agar keselamatan terjamin semasa melakukan aktiviti.

Bermulanya untuk mendririkan khemah, kami bekerjasama untuk mengikat tali pada pokok yang dijadikan asas untuk mendirikan khemah dengan menggunakan ikatan clove hitch. Setelah tali diikat kami memasang khemah dan menegangkan agar selesa untuk digunakan. Dalam proses ini pengunaan ikatan yang digunakan seperti ikatan sheet bent dan ikatan clove hitch juga digunakan pada pancang khemah.

Setelah selesai mendirikan khemah, pelajaran yang kami pelajari seterusnya ialah cara-cara untuk memasang Dome. Sebelum memasang Dome perkara yang harus di ambil kira ialah memeriksa bahagian-bahagian khemah mempunyai kelengkapan yang lengkap. Pemasangan Dome ini hendaklah menitikberatkan langkah-langkah yang harus dipatuhi agar Dome yang dipasang stabil dan boleh digunakan dengan selamat dan selesa.

Selama 1 jam 30 minit, Alhamdulillah...dengan penuh komitmen dan kerjasama antara satu sama lain kami berjaya dalam praktikal mendirikan khemah ini dengan sempurna.

Peralatan Khemah


Cara Mengikat Clove Hitch Pada Pokok


Khemah Yang Telah Siap Didrikan



WATER CONFIDENCE


Selesai sahaja praktikal mendirikan khemah, kami dengan segera bergegas ke kolam renang UiTM, Shah Alam untuk pembelajaran Water Confidence. Dalam pembelajaran ini kami di ajar secara segera iaitu bermula dengan berenang sehinggalah cara untuk menyelamat.

Selain daripada itu kami juga di ajar cara-cara untuk menyelamat menggunakan water bag rope. Di mana tali di baling pada mangsa yang hendak di selamatkan. Selain daripada itu, kami diajar dan melaksanakan praktikal bagaimana untuk membaling tali pada mangsa, cara untuk memasukan tali semula ke dalam water bag, cara memasukan air ke dalam water bag setelah tali digunakan dan akan digunakan semula dengan kadar segera.

Setelah selesai pembelajaran, En.Hisyam menguji kemampuan dan kepantasan kami untuk menyelamatkan mangsa yang berada dalam air dengan menggunakan teknik yang telah dipelajari. Pengalaman baru ku pelajari tentang cara-cara untuk menyelamat mangsa dalam air.

JANGAN PANIK APABILA BERADA DALAM AIR

No comments: