Sunday, November 7, 2010

Orienteering

Kuliah Teori Orienteering

21.08.2010, hadir kuliah di Maktab Cheras PDRM. Minggu ini kami mempelajari tentang Orienteering. Walaupun aku tahu serba sedikit tentang Orienteering ini, aku tetap memberi perhatian apa yang diajar oleh En.Hisyam untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang Orienteering.Kami juga diajar cara-cara untuk menggunakan kompas dan cara membaca peta dengan betul untuk mendapatkan kedudukan check point dengan tepat.

Definition
Orienteering is a sport in which participant called orienteers use a detailed, accurate map and compass to find check points and points control on a landscape.

Equipments for Orienteering

- Orienteering Map
- Orienteering Compass
- Control Flag Marker
- Punches
- Control Card
- Control Description
- Whistle
- Red Pen


Orienteering Map





Orienteering Compass





Punches





Control Flag Marker





Control Card





Control Description





The Compass Parts




Selesai kuliah teori Orienteering pada hari ini. Walaubagaimanapun teori ini akan di gunakan dalam sessi praktikal Orienteering pada kuliah akan datang dan juga pada final camp.

First Aider

14.8.2010, berjumpa lagi di kuliah yang seterusnya di Maktab Cheras PDRM. Hari ini pembelajaran tentang First Aid. Pengetahuan First Aid ini amat penting kepada setiap individu untuk memberi pertolongan kecemasan kepada individu yang ditimpa kemalangan.

First Aid
First Aid is temporary given promptly to casualities at the post of accident using whatever material is available at that moment before sending them to hospital.

Pada seesi kuliah ini En. Hisham memberi pengenalan dan penerangan tentang First Aid seperti:

- RICE
- DRABC
- EAR (Expired Air Resuscitation)- Apply when no breathing
- CPR (Cardio Pulmonary Respiratory)- Apply when no breathing and no pulse
- Triangular Bandage ( Kain Pembalut Tiga Segi )
- Sling Pad ( Pelapik Cincin )
- Types of Slings ( Jenis Andoh )

Triangular Bandage ( Kain Pembalut Tiga Segi )

Kegunaan Triangular Bandage

- Luka dan berdarah seperti di kepala, tapak tangan, siku, tumit dan lutut.
- Jaw dislocation
- Shoulder dislocation

Kegunaan Sling Pad

- Digunakan semasa membalut luka dimana terdapat benda luar seperti kaca, kayu dan sebagainya atau jika luka disertai dengan patah.

Jenis-jenis Sling

- Large Arm Sling
- Small Arm Sling
- Cuff & Collar Sling
- St.John Sling / Triangular Arm Sling

Selain daripada itu kami juga diajar cara-cara membuat balutan anduh menggunakan Triangular Bandage seperti :

Balutan Luka di Kepala




Balutan Luka di Tangan




Balutan Sling Jaw Dislocation




Sling Pad



Demikianlah pembelajaran kami pada hari ini yang amat berguna untuk memberi pertolongan kecemasan pada bila-bila masa sekiranya berlaku kemalangan.

Tuesday, August 31, 2010

Mendirikan Khemah & Water Confidence

Pada minggu ke-3, 31 Julai 2010,jam 9.00 pagi aku hadir kuliah di Kampus Uitm Shah Alam untuk subjek 'Outdoor Recreation'. Hari ini En.Hisham menekankan pembelajaran cara-cara untuk mendirikan khemah dan memasang dome serta Water Confidence di dalam kolam renang.

Pertama sekali En.Hisham memperkenalkan kepada kami kawasan yang sesuai untuk mendirikan khemah pusat dan peralatan yang diperlukan untuk aktiviti ini. Kawasan yang rata dan selamat daripada runtuhan,ranting serta bersesuaian harus diambil kira untuk mendirikan khemah agar keselamatan terjamin semasa melakukan aktiviti.

Bermulanya untuk mendririkan khemah, kami bekerjasama untuk mengikat tali pada pokok yang dijadikan asas untuk mendirikan khemah dengan menggunakan ikatan clove hitch. Setelah tali diikat kami memasang khemah dan menegangkan agar selesa untuk digunakan. Dalam proses ini pengunaan ikatan yang digunakan seperti ikatan sheet bent dan ikatan clove hitch juga digunakan pada pancang khemah.

Setelah selesai mendirikan khemah, pelajaran yang kami pelajari seterusnya ialah cara-cara untuk memasang Dome. Sebelum memasang Dome perkara yang harus di ambil kira ialah memeriksa bahagian-bahagian khemah mempunyai kelengkapan yang lengkap. Pemasangan Dome ini hendaklah menitikberatkan langkah-langkah yang harus dipatuhi agar Dome yang dipasang stabil dan boleh digunakan dengan selamat dan selesa.

Selama 1 jam 30 minit, Alhamdulillah...dengan penuh komitmen dan kerjasama antara satu sama lain kami berjaya dalam praktikal mendirikan khemah ini dengan sempurna.

Peralatan Khemah


Cara Mengikat Clove Hitch Pada Pokok


Khemah Yang Telah Siap Didrikan



WATER CONFIDENCE


Selesai sahaja praktikal mendirikan khemah, kami dengan segera bergegas ke kolam renang UiTM, Shah Alam untuk pembelajaran Water Confidence. Dalam pembelajaran ini kami di ajar secara segera iaitu bermula dengan berenang sehinggalah cara untuk menyelamat.

Selain daripada itu kami juga di ajar cara-cara untuk menyelamat menggunakan water bag rope. Di mana tali di baling pada mangsa yang hendak di selamatkan. Selain daripada itu, kami diajar dan melaksanakan praktikal bagaimana untuk membaling tali pada mangsa, cara untuk memasukan tali semula ke dalam water bag, cara memasukan air ke dalam water bag setelah tali digunakan dan akan digunakan semula dengan kadar segera.

Setelah selesai pembelajaran, En.Hisyam menguji kemampuan dan kepantasan kami untuk menyelamatkan mangsa yang berada dalam air dengan menggunakan teknik yang telah dipelajari. Pengalaman baru ku pelajari tentang cara-cara untuk menyelamat mangsa dalam air.

JANGAN PANIK APABILA BERADA DALAM AIR

Sunday, July 18, 2010

Pembelajaran Ikatan Tali ( Useful Knots )

Minggu kedua kuliah, 17 Julai 2010, aku tidak hadir kuliah kerana terlibat dengan penugasan pengadil untuk Liga Premier di Stadium Selayang.

Walaupun aku tidak menghadiri kuliah, aku bertanya pada rakan sekuliahku yang hadir tentang apa yang telah dipelajari. Rakanku memberi maklumat tentang pelajaran yang dipelajari iaitu Ikatan Tali, yang amat penting dan berguna untuk aktiviti 'Outdoor Recreation'.

Beberapa ikatan yang dipelajari pada kuliah ini adalah seperti :

1. Reef/Square Knot
2. Sheet Bend Knot
3. Double Sheet Bend Knot
4. Bowline
5. Clove Hitch
6. Figure Eight
7. Figure Eight Loop
8. Butterfly Knot
9. Fisherman Knot

Gambarajah ikatan yang telah dipelajari dan dipraktikan.

1. Reef/Square Knot





2. Sheet Bend Knot





3.Bowline





4. Clove Hitch Knot





5. Figure of Eight Knot





6. Butterfly Knot





7. Double Fisherman Knot





Oleh yang demikian, para pelajar haruslah mengetahui cara-cara dan kegunaan ikatan ini agar mudah ketika menjalankan aktiviti 'Outdoor Recreation' ataupun aktiviti yang berkenaan pada masa akan datang.

Saturday, July 10, 2010

Kuliah Pertama Outdoor Recreation

Pada tanggal 9 Julai 2010, bermulanya subjek 'SPS 113 Outdoor Recreation' yang pertama dan aku menghadiri kuliah ini dengan penuh minat dan semangat. Subjek ini dikendalikan oleh Encik Hisham Chemat. En. Hisham memberi penerangan apa yang akan di pelajari dalam subjek ini dan aku amat teruja dengan apa yang akan dipelajari. Wah! memang aku berminat dengan apa yang akan dipelajari kerana aku sukakan aktiviti yang lasak dan mencabar....
Aku dan rakan sekuliahku akan mempelajari dan mempraktikkan aktiviti seperti Kayaking, Abseiling, Orienteering dan camping. Walaupun aku mempunyai pengalaman dalam semua aktiviti ini tetapi aku tetap bekobar-kobar untuk mempelajari subjek ini dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat.
Setelah melihat jam di tanganku, jam telah menunjukkan jam 5.00 petang dan menandakan kuliah akan tamat. Sebelum En.Hisham mengakhiri kuliah, aku dan rakan sekuliahku dikehendaki membuat 'Blog' untuk subjek ini. Hu!hu!hu!... ni memang mencabar... Tanpaku sedari begitu cepat sekali masa berlalu dan kuliah akan bersambung pada minggu akan datang....
Pesanan dari En.hisham minggu akan datang semua pelajar dikehendaki membawa tali untuk mempelajari ikatan....